Program ekelas
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini dianjurkan oleh Maxis Sdn Bhd sebagai satu inisiatif dalam membantu para pelajar khususnya pelajar luar bandar. Ekelas diberikan secara percuma kepada semua pelajar yang mendaftar. Malah, para pelajar juga didaftarkan portal bagi tujuan pembelajaran yang merangkumi 3 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik & Sains.
Para pelajar ekelas dalam subjek sains pada kali ini mempelajari mengenai pengelasan unsur. Para pelajar juga diminta untuk membuat eksperimen mencipta litar elektrik di atas kertas bagi para pelajar lebih memahami topik pada kali ini.
Berikut merupakan butiran aktiviti ekelas pada 13 April 2019
Aktiviti Mencipta Litar Elektrik di atas Kertas
• Duduk dalam kumpulan masing-masing.
• Peralatan yang diperlukan, kertas manila putih, LED 2 biji, wayar hitam merah berserta klip buaya 2 utas, bateri 9V, pensil 2B 2 batang.
• Anda dikehendaki melukis litar ciptaan anda menggunakan graphite dari pensel 2b sebagai konduktor elektrik
• Lukis corak litar mengikut kreativiti anda di atas manila kad. Mulakan litar dari 1 titik di hujung kertas dan akan diakhiri juga di hujung kertas
• Pastikan garisan litar itu tidak terputus
• Letak LED atas garisan yang dilukis tadi. LED itu boleh ditebuk menembusi kertas manila
• Tandakan simbol negatif dan positif bagi LED di atas kertas agar tidak tertukar.
• Klip wayar bergigi buaya tadi pada kedua-dua hujung litar.
• Sambungkan klip buaya tadi pada bateri 9V
• Perhatikan apa yang terjadi kepada LED di atas manila kad.
• Rekod pemerhatian anda
• Ambil gambar litar yang menyala dan upload ke dalam portal
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: